10 TIP NAIKKAN SEMANGAT SETIAP PAGI

Teks : Nik Zaleha Nik Mustapha (Kak NiHa)
Gambar : Koleksi Peribadi/Gritz Aromatherapy/Google


Pernah tak rasa, ada hari yang nak melepek je? Tak bersemangat langsung. Sampai nak makan pun tak lalu nak kunyah. Gitulah semangat kita ada turun naiknya kan. It's ok. Kita manusia biasa. Tapi elakkan berlamaan dalam zon tanpa semangat. Cepat-cepat kita cari cara nak pulihkannya. 

Kak NiHa nak kongsikan 10 TIP NAIKKAN SEMANGAT SETIAP PAGI : 

1. Sebaik terjaga dari tidur, baca doa bangun tidur, ucapkan kesyukuran tentang nafas dan anggota badan. 

2. Senyum selama 1 minit. 

3. Fikir 1 kebaikan yang nak buat hari ini. 

4. Minum air putih untuk 'kejutkan' organ dalaman kita. 

5. Mandi dengan garam bukit atau haruman minyak pati. 

6. Terapi spiritual dengan Solat sunat, zikir dan baca Qur'an. 

7.Stretching/senaman. 

8. Teknik pernafasan deep breathing dan bertafakkur tentang nikmat di sekeliling. 

9. Terapi warna dengan pakaian yang terang. 

10. Makan makanan atau minum minuman kegemaran pada awal pagi. 

Kita amalkan sama-sama ya. 

.
Kak NiHa 
#Pernah hilang semangat dan mahu bangkit bersemangat 💖

Salam Aroma Ketenangan 
Heal Me Aromatherapy 
====== 
Klik untuk mendapatkan --> HARUM SERY RATU, Minyak Pati 7 Bunga

7 SKRIP MENAIKKAN KEYAKINAN DIRI SETIAP PAGI

Teks : Nik Zaleha Nik Mustapha (Kak NiHa)
Gambar : Koleksi Peribadi/Gritz Aromatherapy/Google


Saat kita sedih, hilang semangat, marah pada diri sendiri, takut, tidak yakin, kita nak sangat ada orang ucapkan kata-kata mendamaikan jiwa. Bila dengar je rasa lega, rasa ada harapan, rasa nak bangkit.

Sebenarnya, orang pertama yang perlu lafazkan kata-kata itu adalah DIRI KITA SENDIRI. Kita amal sama-sama ya ❤️ 

Kak NiHa kongsikan 7 SKRIP MENAIKKAN KEYAKINAN DIRI SETIAP PAGI 

1.PERCAYA 

Terima kasih Allah, dengan izinMu Saya percaya pada diri sendiri. Saya percaya pada keputusan yang saya buat. Saya percaya pada apa yang saya lakukan. 

2. KUAT 

Terima kasih Allah, dengan izinMu Saya kuat. Saya dapat rasakan kekuatan saya. Saya ada semua kekuatan yang saya perlukan. 

3. PILIHAN 

Terima kasih Allah, dengan izinMu Saya selalu ada pilihan. Saya ada kuasa untuk memilih. Saya lakukan pilihan. 

4. SEMANGAT 

Terima kasih Allah, dengan izinMu Saya ada semangat. Saya berjalan ke hadapan dengan semangat. Saya dapat rasakan ada semangat dalam jiwa saya. 

5. CINTA 

Terima kasih Allah, dengan izinMu Saya ada cinta. Saya percaya pada cinta. Saya selalu rasakan cinta. 

6. SOKONGAN 

Terima kasih Allah, dengan izinMu Saya ada sokongan. Saya bersyukur atas semua sokongan kepada saya. Saya tidak keseorangan, saya sentiasa mempunyai banyak sokongan di sekeliling saya. 

7. KEBIJAKSANAAN 

Terima kasih Allah, dengan izinMu Saya mempunyai kebijaksanaan dalaman. Saya percaya kebijaksaan ini akan membimbing saya. Saya hormati kebijaksanaan ini. 

 Letak tangan kanan pada jantung, tarik nafas dan hembus sehingga tenang, rasa kan degupan jantung, Rasa kan kasih sayang Allah, dan lafazkan setiap pagi atau bila-bila masa saat kita rasa perlukan energi positif. 

.
Kak NiHa 
#Kata-kata baik pada diri adalah tanda menyayangi diri. 
#selfhealing 

Salam Aroma Ketenangan 
Heal Me Aromatherapy 
====== 
Klik untuk mendapatkan --> HARUM SERY RATU, Minyak Pati 7 Bunga

10 AMALAN YANG MEMBANTU JIWA MENJADI TENANG

Teks : Nik Zaleha Nik Mustapha (Kak NiHa)
Gambar : Koleksi Peribadi/Gritz Aromatherapy/Google

"Saya rasa tenang sangat sekarang" 
Satu keadaan yang sentiasa diimpikan oleh semua orang kan? 

Kak NiHa kongsikan 10 AMALAN YANG MEMBANTU JIWA MENJADI TENANG : 

1. Baca dan hayati makna Al Qur’an 

2. Zikir La hawla wa la quwwata illa billah setiap masa. 

3. Berselawat sambil menghayati kasih-sayang Rasulullah pada ummatnya.

4. Serah apa jua isu sepenuhnya pada Allah. Haqqul yaqin. 

5. Berada dalam circle positif yang sentiasa mendoakan dan menyokong kita kerana Allah. 

6. Jujur pada diri sendiri dan orang lain. 

7. Sentiasa bersyukur hingga menangis sebak. 

8. Sentiasa memberi dengan ikhlas, tanpa syarat. 

9. Jarang/tidak berhutang. 

10. Sentiasa berbuat baik dan tiada prasangka kepada orang lain. 

Selalu tak kita amalkan semua ni? 
Tepuk dada, tanya jiwa kita 💖 

Kak NiHa 
#Mengimpikan 'salam' di dunia dan akhirat.

Salam Aroma Ketenangan
Heal Me Aromatherapy
======
Klik untuk mendapatkan --> HARUM SERY RATU, Minyak Pati 7 Bunga

7 CARA MENAIKKAN HORMON CINTA SETIAP PAGI

Teks : Nik Zaleha Nik Mustapha (Kak NiHa)
Gambar : Koleksi Peribadi/Gritz Aromatherapy/Google

Setiap orang ada hormon cinta atau nama saintifiknya oxytocin. Ia juga di panggil hormon gembira atau hormon kepercayaan. Oxytocin dihasilkan dalam kelenjar hypothalamus dan disebarkan dalam darah melalui kelenjar pituitary gland apabila sel-sel dirangsang. Setiap pagi kita kena ada hormon ni sebab kesan dia sangat best tau 💖 

Emosi pagi dikatakan mempengaruhi emosi kita seharian. Jom Kak NiHa kongsikan 7 CARA MENAIKKAN HORMON CINTA SETIAP PAGI:

1💖 MANDI AIR SUAM 

Seorang Terapis menyatakan mandi air suam atau hot shower ni membantu kita untuk rasa relaks dan merangsang pengeluaran hormon cinta. 

2💖 TEKNIK PERNAFASAN 

Ambil masa dalam 10 minit untuk buat deep breathing setiap pagi. Ia sangat membantu untuk kita rasa ok je sepanjang hari. Teknik ini juga sangat bagus untuk mereka yang mudah anxious/ada anxiety. 

3💖 BERTENTANG MATA 

Terapis ajarkan untuk bertentang mata selama beberapa minit dengan jarak tidak lebih dari 18 inci. Ini bukan dengan pasangan je. Boleh buat dengan anak-anak dan kawan baik juga. Pastikan kawan sama jantina ya 😏 Dengan haiwan pun boleh buat tau. Kak NiHa perasan, jadi feeling good bila bertentang mata dengan kucing di rumah ni. Pandangan mata haiwan sangat tulus sebenarnya. Dia tak distracted dengan telefon, TV kan.. he.. he.. 

4💖 URUTAN 

Kalau tiada pasangan, boleh buat self massage. Usap badan kita dengan penuh syukur dan kasih sayang. 

5💖 MEMBAYANGKAN YANG INDAH-INDAH 

Berangan tu percuma kan? Bayangkan tempat percutian indah, seseorang yang kita sayang dan macam-macam lagi. Kita jadi teruja dan bersemangat sepanjang hari. Macam tengah jatuh cinta gitu 😍. Mungkin ada target yang kita nak capai dari bayangan tu akan membuatkan kita bangkit bersemangat. 

6💖 MENDENGAR MUZIK 

Pilih lagu-lagu dengan irama upbeat yang membuatkan kita jadi gembira dan energetik. Juga irama alam yang menenangkan. Janganlah dengar lagu sendu meleleh di permulaan hari ni walaupun mungkin kita tengah patah hati. Ke laut hormon gembira kita nanti. 

7💖 BUAT SATU KEBAIKAN KECIL 

Semudah senyum, beri jalan di simpang, pujian ikhlas dan banyak lagi. . Kita amalkan sama-sama ya. .

Kak NiHa 
Salam Aroma Ketenangan 
Heal Me Aromatherapy 
====== 
Klik untuk mendapatkan --> HARUM SERY RATU, Minyak Pati 7 Bunga

CARA NAK SEGARKAN DIRI WAKTU PAGI

Teks : Nik Zaleha Nik Mustapha (Kak NiHa)
Gambar : Koleksi Peribadi/Gritz Aromaterapi dan Google

Selalu rasa lemah lesu pada waktu pagi? Apa kata amalkan tip ni:

1. Minum air sebaik bangun dari tidur.

2. Terus mandi (sebelum Subuh). 

3. Mandi ais bersama garam bukit, limau purut dan #minyakpati7bunga. 

4. Stretching/senaman dengan muzik yang rancak dan disukai. 

5. Dapatkan sinaran matahari pagi. 

6. Telefon mak/ayah/orang terdekat/kawan baik. 

7. Spray aromaterapi.

Amalkan secara konsisten dan lihat perubahan pada tenaga diri kita.
.

Kak NiHa 
#Segar bahagia menjemput rezeki seawal pagi.
======
Klik untuk mendapatkan --> HARUM SERY RATU Minyak Pati 7 Bunga