TIP MENGHADAPI KEDUKAAN AKIBAT KEHILANGAN

Teks : Nik Zaleha Nik Mustapha (Kak NiHa)
Gambar : Koleksi Peribadi/Gritz Aromaterapi dan Google



Rasa sangat sedih, sunyi, kosong, marah, menyesal, menyalahkan diri sendiri, resah, trauma serta perasaan yang sukar digambarkan dengan kata-kata.

Rasa yang bercampur baur dan bersilih ganti.

Ini lah tanda-tanda GRIEF atau kehibaan/kedukaan akibat kehilangan.

Simptom pada fizikal pula seperti sangat letih lesu, sakit kepala, susah tidur, badan lemah, masalah pencernaan, tiada atau terlebih selera makan, sakit otot dan sakit badan tanpa sebab.

Tanda-tanda ini normal pada peringkat awal kehilangan, namun jika berlarutan dan mengganggu rutin harian, kita perlu dapatkan bantuan.

Berapa lama fasa ini?
Bergantung pada keadaan.
Contohnya menghadapi kematian mengejut berbanding kematian setelah sakit lama memberi kesan yang berbeza pada tahap kesedihan seseorang.

Ia juga bergantung pada personaliti, umur, kematangan, tahap kerohanian dan kemampuan untuk menghadapi sesuatu ujian (coping skill).

Ada yang mengambil masa hanya beberapa minggu, ada yang beberapa bulan, malah ada yang bertahun-tahun untuk kembali kepada keadaan normal.

Tempoh ini juga boleh membawa kepada kemurungan. Artikel myhealth.gov.my menyatakan 1 dari 5 orang mungkin mengalami kemurungan akibat kehilangan orang atau sesuatu yang sangat disayangi.

Gejala yang menunjukkan seseorang itu telah mengalami kemurungan adalah:

Perasaan bersalah yang melampau
Lembap di dalam pergerakan dan pemikiran.
Sering berfikir untuk membunuh diri
Merasa diri tidak berguna
Tidak berupaya untuk melakukan tugasan di tempat kerja
Hilang rasa seronok untuk melakukan aktiviti yang biasanya disukai
Halusinasi yang sering melibatkan si mati.

Bagaimana untuk menghadapi fasa grief ini?

Sabar dengan diri sendiri.
Take your time. Be gentle to your self.
Izinkan diri untuk pulih sedikit demi sedikit.

Sedari kesakitan emosi dan fizikal yang dialami.
Kenal pasti emosi apa yang hadir.

Dapatkan bantuan dan sokongan dari orang yang tepat.

Amalkan Terapi/teknik pernafasan dan pelbagai cara untuk mengawal fikiran serta emosi dengan bimbingan kaunselor/psikologis/coach bertauliah.

Lepaskan perasaan dengan cara yang sihat.
Salah satu caranya adalah menulis.

Bagaimana pula aromaterapi boleh membantu?

Sejujurnya aromaterapi sangat membantu Kak NiHa semasa menghadapi pemergian dua ayahanda (ayah kandung dan ayah angkat/bapa saudara) selang sebulan sahaja.

Ada masanya, dada rasa macam dihiris, berdebar-debar, tangan menggeletar, sakit kepala, selalu mengantuk dan lemah lesu.
Rasa nak menangis selalu tu tak payah cakap lah.

Diri memang tak lekang dari minyak pati.
Hidu, sapu, sedut bau melalui diffuser.

Bahan kimia semulajadi dalam minyak pati tertentu mengandungi unsur sedatif, anti tekanan dan anti-depresi yang bertindak balas dengan bahan kimia otak/badan untuk menghasilkan rasa tenang dan boleh berfikir dengan lebih baik.

Antara minyak pati yang mempunyai unsur sedatif/anti tekanan/anti depresi ialah Bergamot, Clary Sage, Geranium dan Lavender.

Kesemua minyak pati ini ada dalam sebotol campuran EO yang dinamakan Joy/Confident.
Ditambah lagi minyak pati Fennel dan Rosemary.

Bila kita tenang dan positif, mudah lah untuk melakukan aktiviti yang lebih sihat seperti bersenam, menjaga pemakanan dan membuat hobi yang disukai bagi membantu proses 'penyembuhan'.

.
.


Klik untuk mendapatkan --> AURA SERI RATU