Tentang Kami


Assalamualaikum & salam perkenalan buat semua.
Saya Nik Zaleha atau nama online Kak NiHa
😃
Dari Bandar Baru Bangi.

Mula menggunakan EO bila anak sulung disahkan mengalami Masalah Pembelajaran Spesifik & Autism Spectrum.
Dapat maklumat, EO salah satu cara yg boleh membantu untuk calming naturally.
.

Selepas beberapa ketika, saya dapati saya juga perlukan bantuan kerana mengalami stress dan gangguan emosi akibat perubahan rutin yang dialami, bergelut antara kerja dan urusan Terapi anak.
.

Saya juga perlukan kewangan yang lebih kerana memilih Terapi dari swasta dan alternatif.
Saya beralih dari EO jenama luar negara ke jenama tempatan iaitu Gritz untuk belajar bisnes dari bawah.
Pastinya menyokong syarikat tempatan dan ada 'chemistry' dengan bonda Rita Omar, founder Gritz Essential Oil yang juga Certified Aromatherapist, IFA, UK.
😁
Harga juga lebih berpatutan dan fokus pada EO yang perlu sahaja.
.

Alhamdulillah sudah lebih 3 tahun bersama Gritz.
EO Gritz sangat membantu kesihatan emosi, mental dan fizikal.

No comments:

Post a Comment