TIP URUTAN AWET MUDA

Teks : Nik Zaleha Nik Mustapha (Kak NiHa)
Gambar : Koleksi Peribadi dan Google

Baru tahu 1 titik #AuraSeriRatuGritz bersamaan 60 kuntum ros!
.
Lepak di HQ sembang-sembang santai tapi dapat banyak ilmu dan tip dari founder #sifueo Kak Rita Omar 💕

Salah satunya tip urutan muka awet muda dengan Aura Seri Ratu ni.

Sapu 5 titik Aura Seri Ratu yang dicampur dengan minyak pelarut seperti minyak zaitun dan jojoba asli.


Buat urutan di titik meridian. Urut sehingga muka nampak kemerahan tanda peredaran darah lancar.


Kemudian buat tapping sebanyak 40 kali di kawasan antara 2 kening (third eye), bawah hidung dan bawah mulut. Akhir sekali, tarik cuping telinga.



Klik untuk membeli Aura Seri Ratu --> AURA SERI RATU

TIP SAYANGI DAN SANTUNI DIRI


Apa tanda menyayangi dan menyantuni diri?

1. Luangkan masa untuk diri sendiri
2. Sedari RASA yang hadir dalam diri
3. Sentiasa ucapkan dan tulis kata-kata baik kepada diri
4. Jujur pada diri sendiri
5. Mudah memaafkan diri sendiri
6. Dapat mengawal emosi diri
7. Mudah berbuat baik kepada orang lain

TIP HILANGKAN PERASAAN GEMURUH


Si comel ni sentiasa menjadi pilihan di Shopee.
5ml untuk perkenalan pertama 😍

Si dia ni lah yang bantu kak NiHa bertenang semasa memberi taklimat kepada hampir 400 orang pelajar.
Pertama kali dalam sejarah hidup!

Alhamdulillah, satu pencapaian terindah.
Bukan mudah bagi seorang yang bergelut dengan tanda-tanda anxiety!

Ada sahabat yang mahu break the fear?
Kak NiHa bantu.

TIP HILANGKAN PERASAAN GEMURUH

1. Bersedia dengan apa yang ingin disampaikan.

2. Anggap ingin berkongsi ilmu sahaja bukan mahu mengajar.
    Bila kita niat ingin kongsi ilmu, kita rasa lebih santai.

3. Tahu siapa audien.
    Cuba untuk sesuaikan penyampaian dengan orang yang mendengar.

4. Bayangkan yang baik-baik sahaja.
   Bayangkan kita dapat menyampaikan taklimat/persembahan dengan lancar dan tenang.

5. Sentiasa baca Al Fatihah dan doa:

رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي

Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku, dan mudahkanlah bagiku urusanku, dan lancarkanlah lidahku supaya mereka faham ucapanku.
(Surah Taha Ayat 25-28).

6. Selalu amalkan teknik pernafasan 'deep breathing'
    Teknik ini sangat berkesan untuk kawal rasa gemuruh.

7. Datang lebih awal ke tempat pembentangan.

8. Minum air dan makan sesuatu yang boleh membuatkan kita rasa selesa seperti gula-gula atau coklat.

9. Sapu dan hidu minyak pati.
    Ada banyak minyak pati yang membantu mengurangkan diri dari perasaan gemuruh dan gementar. Salah            satunya adalah Aura Seri Ratu.

10. Guna fidget spinner.
     Teknik ini dikongsikan oleh founder Gritz Aromatheraphy, Puan Rita Omar. Bila kita terlalu nervous, boleh              alirkan energi ketakutan itu pada fidget spinner sehingga kita rasa mampu kawal diri sendiri.



TIP BANTU TENANG DARI STRESS/TAKUT/SEDIH



Tinggal sebotol dah si dia 5ml ni.
Berteman kakak-kakak si 15ml yang menunggu untuk disunting 😉
Kalau pair kakak dengan sepupu dia garam bukit tu, dapat free Aromatherapy face mist.
Wangi sangat. Segar dan tenang jadinya.

Ada yang guna untuk spray rambut anak.
Mudah sikat katanya.

Kena cepat-cepat bawa balik (restock) rakan sebaya dia ni.
Glemer di Shopee.
Harga sangat mampu milik kan 😍
.
TIP BANTU TENANG DARI STRESS/TAKUT/SEDIH
Titis setitik di tapak tangan.
Baca Al Fatihah sambil kacau 7x lawan arah jam.
Gosok tapak tangan hingga rasa panas.

Letak di belakang leher dan di dada.
Zikir Nama Allah, selawat.

Jika skala stress/takut/sedih tinggi, guna hingga 3 titik.
Calit2 di setiap poin nadi.
Hidu baunya dalam-dalam sambil zikir.

InsyaAllah sangat berkesan.
.
.
#AuraSeriRatuGritz #minyakpati7bunga
#penawarstress #terapiaura #terapiemosi
#HealMeAromatherapy
#GritzAromatherapy
👇

BAU YANG TIDAK DISUKAI JIN?



AURA SERI RATU hanya lah minyak pati 7 bunga.
Tiada campuran bahan lain.

Tapi kami terima segelintir maklumbalas yang 'sesuatu' 🤔 :


- dah beli rasa berat sangat nak guna
- asyik lupa nak guna
- bau wangi tapi pelik
- rasa nak muntah
- bau macam hindu sembahyang
- bau kapur barus
- bau busuk

Jeng.. Jeng.. Jeng..

Saranan kami, terus kan guna dengan niat dan cara-cara yang kami bimbing.
Jika bertambah 'sesuatu', boleh jumpa perawat perubatan Islam.

Dari segi psikologi, tindak balas deria bau ni sangat terkait dengan memori kita.
Jika ada memori buruk yang terkait dengan bau tu, ia akan trigger bila kita mencium bau tersebut.

Dalam Aura Seri Ratu ada minyak pati 2 jenis ros.
Bunga ros adalah salah satu pokok berduri dan bauan yang tidak disukai jin syaitan.
Mereka yang ada gangguan, kemungkinan akan bertindak balas dengan bauan ros.
Tambahan lagi, bila kita minta pengguna baca ayat-ayat Syifa'/Ruqyah.

Jadi, Asr ni sangat dicadangkan untuk dibuat mandian tambahan selain daun bidara, limau purut dan garam.
.
.
#minyakpati7bunga
#HealMeAromatherapy

AURA SERI RATU MINI



Balik kenduri singgah Gritz, restock si comel ♥️
Saiz 5 ml ni pilihan ramai di Shopee untuk yang baru nak mencuba.
Harga sangat mampu milik. RM40 sahaja.

Ni minyak pati gred terapeutik tau.
Bukan tiruan, tanpa campuran.
Diformulasi sendiri oleh founder Gritz Aromatherapy yang merupakan Aromaterapis bertauliah.


#AuraSeriRatuGritz #minyakpati7bunga :

Rose ombra
Rose otto
Geranium
Lavender
Clary Sage
Ylang ylang (kenanga)
Jasmine (melur)

Khasiat 7 bunga ini yang mengandungi 'calming effect', InsyaAllah membantu isu emosi seperti stress/anxiety/depression.

Boleh guna secara mandian, sapuan dan hiduan.

Untuk belian, klik >> Heal Me Aromatherapy @ Shopee