PENAT EMOSI DAN MENTAL?

Teks : Nik Zaleha Nik Mustapha (Kak NiHa) 
Gambar : Koleksi Peribadi/Gritz Aromatherapy/Google 


Awal minggu, tapi dah rasa PENAT!
Penat fizikal atau penat emosi dan mental ni?
Penat fizikal boleh rehat je, tapi kalau penat emosi dan mental macamana??
Jom kita tengok ada tak tanda-tanda penat emosi dan mental pada kita dan bagaimana nak atasinya.
Tanda 1:
Cepat rasa terganggu
Solusi->Ambil masa bersendiri dan fokus
.
Tanda 2:
Hilang semangat
Solusi->Ambil masa untuk 'lepak' di tempat yang tenang
.
Tanda 3:
Cemas dan terlalu banyak fikir
Solusi->Tarik nafas dan bertenang, atur semula fikiran
.
Tanda 4:
Susah tidur
Solusi->Buat terapi mandian suam/sejuk dengan minyak pati/garam bukit, terapi jiwa dengan ayat-ayat Al Quran atau muzik yang tenang untuk bantu tidur lena
.
Tanda 5:
Mudah marah
Solusi->Buat deep breathing dan terapi diri, tanya kenapa nak marah sangat ni? Tulis semua yang nak marah tu atas kertas, lepas tu bakar dengan niat ya Allah alirkan semua kemarahan ku keluar dari jiwa ku agar aku tenang dan kuat.
.
Tanda 6:
Mudah menangis tanpa sebab
Solusi->Buat terapi diri, tafakkur, tulis, gali apa sebab emosi begitu. Guna aromaterapi yang menenangkan.
.
Tanda 7:
Selalu rasa mual, pening dan sakit badan
Solusi->Jumpa terapis/psikologis/doktor, kerana itu tandanya tahap penat emosi dan fikiran sudah kritikal
.
Tanda 8:
Rasa terasing
Solusi->Ambil masa untuk bercuti dan terapi #selflove agar kembali positif dan bersemangat.
.
"Ya Allah, sesungguhnya aku lemah, aku penat, aku tak kuat,
tapi demiMu aku mesti terus kuat bersemangat,
kerana aku mahu laksanakan amanah dengan cermat,
agar aku boleh berehat di Jannah yang penuh nikmat"
Amin Ya Mujib.
.
Rujukan: maskulin. com. my
.

Kak NiHa 
Salam Aroma Ketenangan 
Heal Me Aromatherapy 
====== 
Klik untuk mendapatkan --> HARUM SERY RATU, Minyak Pati 7 Bunga

MANFAAT KETAWA

Teks : Nik Zaleha Nik Mustapha (Kak NiHa) 
Gambar : Koleksi Peribadi/Gritz Aromatherapy/Google 

Sebelum 'masuk kerja' install joy dulu 😃
Search lee kwang soo funny moments di you tube.
1. Ketika ketawa, otot dan pembuluh darah akan merenggang, jadi peraliran darah lebih lancar.
2. Ketika ketawa, aliran oksigen lebih lancar ke otak.
3. Ketika ketawa, stress akan hilang.
4. Ketika ketawa, kita jadi lebih sihat.
5. Ketika ketawa, orang lain pun boleh ikut jadi sihat bila tertawa bersama.
6. Ketika ketawa, perkara positif lebih mudah masuk dalam diri.
7. Ketika ketawa, organ dalaman lebih bertenaga.
Tapi jangan sampai ketawa overdose, yang tak elok pula boleh masuk dalam diri 😇

 . 

Kak NiHa 
Salam Aroma Ketenangan 
Heal Me Aromatherapy 
====== 
Klik untuk mendapatkan --> HARUM SERY RATU, Minyak Pati 7 Bunga