16 CARA MUDAH KAWAL STRESS DAN ANXIETY

Teks : Nik Zaleha Nik Mustapha (Kak NiHa)
Gambar : Koleksi Peribadi/Gritz Aromaterapi dan Google


Kerri-Ann Jennings di healthline.com berkongsi 16 CARA MUDAH KAWAL STRESS DAN ANXIETY:

1. SENAMAN

Senaman dapat mengeluarkan hormon endorphin yang mengurangkan stress dan anxiety serta membantu kualiti tidur dan imej diri yang lebih baik.


2. SUPPLEMEN

Omega 3, teh hijau, balm lemon antara supplemen yang membantu mengurangkan stress dan anxiety.


3. AROMATERAPI

Antara minyak pati yang mempunyai haruman menenangkan adalah:
Lavender
Rose
Vetiver
Bergamot
Roman chamomile
Neroli
Frankincense
Sandalwood
Ylang ylang
Orange
Geranium

Untuk sapuan, boleh cuba Harmoni Anti Stress Massage Oil.


4. KURANGKAN PENGAMBILAN KAFEIN


5. MENULIS

Menulis jurnal kesyukuran mampu membantu diri untuk sentiasa positif dan tidak terlalu fokus pada stress dan anxiety.


6. MENGUNYAH GULA-GULA GETAH

Mengunyah gula-gula getah membantu diri menjadi lebih relaks.


7. MELUANGKAN MASA BERSAMA KELUARGA DAN RAKAN.

Hubungan sosial yang baik dapat mengurangkan stress dan anxiety.


8. KETAWA

Luangkan masa dengan kawan yang lucu atau tengok rancangan komedi. Ketawa dapat membaut otot lebih relaks, stress berkurangan, mood dan imunisasi badan bertambah baik.


9. BELAJAR UNTUK BERKATA TIDAK

Usahakan untuk membuat kerja mengikut kemampuan. 


10. ELAKKAN BERTANGGUH

Buat to-do-list untuk senaraikan kerja mengikut prioriti. Kerja yang tidak terurus boleh mengundang stress.


11. SERTAI KELAS YOGA

Walaubagaimanapun untuk Muslim, yoga difatwakan haram pada tahun 2009. Sebagai alternatgif, kita boleh mengamalkan senaman relaksasi yang tidak mengaitkan unsur agama lain.


12. MENGAMALKAN MINDFULNESS

Mindfulness adalah latihan kesedaran dan fokus mengikut kaedah tertentu dengan menumpukan pada masa sekarang (being present). Kaedah ini dapat menaikkan harga diri, sekali gus mengurangkan stress dan anxiety.


13. PELUKAN

Sentuhan fizikal seperti pelukan, ciuman dan hubungan intim dapat merembeskan hormon oxytocin dan mengurang hormon stress iaitu cortisol.


14. MENDENGAR MUZIK YANG MENENANGKAN

Muzik yang lembut dapat mengurangkan kadar tekanan darah, denyutan jantung dan hormon stress. Bunyian alam seperti air, ombak,hujan dan kicauan burung boleh membantu kita untuk relaks.


15.  MENGAMALKAN PERNAFASAN DALAM/PANJANG

16. MELUANGKAN MASA DENGAN HAIWAN PELIHARAAN

Berinteraksi dengan haiwan peliharaan dapat meningkatkan hormon oxytocin yang boleh menukar ke mood positif.



Klik untuk mendapatkan --> AURA SERI RATU