Manfaat matahari pagi

Teks : Nik Zaleha Nik Mustapha (Kak NiHa) 
Gambar : Koleksi Peribadi/Gritz Aromatherapy/Google 

Sudah 'berjemur' waktu pagi?

"Sinar matahari pagi menghasilkan sinar UV (ultraviolet) yang menyentuh permukaan kulit untuk diubah oleh tubuh menjadi vitamin D. Vitamin D diperlukankan untuk menjalankan fungsi metabolisme kalsium, immuniti tubuh, serta menghubungkan kerja otot dengan saraf."

Kesan segera kita akan rasa ...woaaa..lega...
.

Tahukah anda bahawa kekurangan sinar matahari boleh menyebabkan depresi?

Salah satu jenis depresi iaitu Seasonal Affective Disorder (SAD) biasa berlaku di negara-negara yang memiliki 4 musim di mana ada musim sinar matahari tidak sehangat di negara tropika.

Didapati wanita terutamanya mengalami kadar vitamin D yang rendah dalam darah.
Vitamin D meningkatkan serotonin di otak. Serotonin yang rendah boleh menyebabkan depresi.
Sebab tu lah antara saranan doktor bagi pesakit depresi adalah dapatkan sinaran matahari setiap hari.
.

Musim PKP dah berkurung sebulan lebih ni, Kak NiHa keluar ke beranda rumah je lah untuk berjemur.
Rasa tepu 1001 rasa dah tak tahu nak cakap.
Risaulah bila tanda-tanda awal kemurungan tu datang.
Maka kita kena usahakan untuk 'merawat' diri sendiri dengan sumber alam percuma ni.


.



 . 
Kak NiHa 
Salam Aroma Ketenangan 
Heal Me Aromatherapy 
====== 
Klik untuk mendapatkan EO 100% asli gred terapuetik --> GRITZ ESSENTIAL OIL