MANDI AIS 4 PAGI



=MANDI AIS 4 PAGI?=
Saranan mandi ais ni Kak NiHa tahu sejak beberapa tahun lepas dari tukang urut, perawat perubatan Islam dan rakan-rakan yang mengamalkan terapi alternatif.
.
.
Mula-mula cuba rendam kaki dengan ais je dulu. Buat yang betul-betul sejuk, memang bisa kaki dibuatnya. Tapi sekejap je dan selepas tu lega, kerana keluar angin dan lenguh-lenguh kaki semakin kurang.
.
.
Kemudian cuba mandi ais dengan limau dan garam. Ais letak ikut kemampuan tahan sejuk sebab Kak NiHa memang tak tahan sejuk. Pernah letak ais banyak. Lepas mandi sakit kepala.
.
.
Tapi masa sakit kepala, pernah mandi ais yang betul-betul sejuk. Masa mandi tu memang rasa bergegar kepala sebab sakit kepala asal dan sakit kepala mandi ais tu bergabung. Ajaibnya, Alhamdulillah, lepas mandi sakit kepala tu hilang.
.
.
Dari segi perubatan Islam, mandi ais dicadangkan untuk merawat sakit kepala, sakit belakang, sakit sendi, bisa-bisa badan, angin, susah tidur dan gangguan makhluk halus. Jin dan syaitan ni dari api dan tidak tahan sejuk. Ia bertambah mujarab apabila ditambah dengan garam, limau, air/minyak pati ros/bidara kerana semua bahan ini tidak disukai oleh jin dan syaitan.
.
.
Waktu sesuai mandi ais adalah selepas subuh atau sebelum waktu Maghrib.
.
.
Waktu dan cara mandi ais ni ada beberapa versi. Tapi yang Kak NiHa amalkan sekarang adalah sebelum Subuh.
.
.
Jika tidak tahan sejuk, jirus dari bahagian kaki atau rendam kaki dalam ais dulu (letak dalam baldi berasingan). Jika mampu bertahan, mandi dari kepala dan lebihkan siram di belakang dan belakang tengkuk. Ini tip dari blog perawat perubatan Islam.
.
.
Asas mandi ais dalam perubatan Islam adalah berdasarkan apa yang diperintahkan oleh Allah kepada Nabi Ayub dalam surah Sadd ayat 41-42.
.
.
Maksudnya: “Dan (ingatkanlah peristiwa) hamba Kami: Nabi Ayub ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: “Sesungguhnya aku diganggu oleh Syaitan dengan (hasutannya semasa aku ditimpa) kesusahan dan azab seksa (penyakit)”. (Maka Kami kabulkan permohonannya serta Kami perintahkan kepadanya): ” Hentakkanlah (bumi) dengan kakimu ” (setelah ia melakukannya maka terpancarlah air, lalu Kami berfirman kepadanya): ” Ini ialah AIR SEJUK untuk mandi dan untuk minum (bagi menyembuhkan penyakitmu zahir dan batin)” (As-Sadd: 41-42)
.
.
Mandian ais yang kak NiHa amalkan sebelum ni adalah sebagai bilasan terakhir. Maknanya mandi seperti biasa dahulu. Dah siap sabun, bilas semua, baru mandi ais ni.
.
.
Untuk amalan mandi ais 4 pagi ni, terus mandi ais. Cuma ada harinya, Kak NiHa akan siram-siram dulu badan dengan air biasa. Sekarang cuaca panas, nak mandi ais ni mudah sedikit.
.
.
Ais tu letak ikut ketahanan kita. Sejuk sedang-sedang je bukanlah sampai menggigil. Mandi dari kaki dahulu, hingga ke kepala. Campurkan sekali set garam Aura Rezeki yang telah dibacakan Al Fatihah, Selawat dan Selawat Tafrijiyah sejak dari malam. Kak NiHa suka guna garam tu sebab baunya wangi.
.
.
Beza sangat bila mandi ais sebelum Subuh ni. Badan lebih segar.
.
.
Ada hari yang agak letih, seram sejuk di sebelah petang atau malam tu dikira sebagai healing crisis kerana tempoh 21 hari bersama Jemaah 4 Pagi Bidadari Syurga bukan hanya mandi ais tapi banyak task dalam terapi kerohanian ni.
.
.
Nak buat seorang memang susah nak istiqamah tapi kekuatan luar biasa Allah berikan bila berjemaah walaupun hanya melalui perantaraan whatsapp dan facebook.
.
.
Semua orang boleh mandi ais?
Setakat yang Kak NiHa tahu, ia tak sesuai untuk yang ada masalah jantung dan asma.
Kak Norizammeduwati Watiey pernah kongsi tentang mandi ais dalam live beliau.
.
.
Manfaat-manfaat lain dan kajian mandi ais ni Kak NiHa sambung di post seterusnya ya.

No comments:

Post a Comment