TERAPI ENERGI

Sejak tadi rasa lemah lesu.
Tiada semangat nak buat apa yang dah tersenarai.
Tak boleh jadi ni.
Kita ikhtiar Terapi energi dengan Minyak Pati 7 bunga.

On diffuser dengan Minyak Pati Rose Geranium.
Set alarm 20 minit.
Pasang sound therapy (instrumental dengan bunyian alam).

Titis 3 titik Aura Seri Ratu di tapak tangan.
Kacau lawan arah jam 7x sambil baca Al Fatihah.


Calitkan di dahi atas, kedua bahu, kedua lutut, dan kedua ibu jari kaki.
Calitkan di 7 cakra/pusat tenaga:
-Ubun-ubun
-Tengah kening
-Kerongkong
-Tengah dada
-Pusat
-Ari-ari
-Tulang ekor/sulbi

Baring dengan rileks.
Tangan di sisi badan dengan tapak tangan menghadap ke atas.
Deep breathing sambil doa "Ya Allah, angkatlah segala keletihanku dan gantikanlah dengan kekuatan dan semangat baru"

Sepanjang terapi, ada rasa menyucuk-menyucuk pada bahagian tertentu badan.
Normal kerana energi badan sedang bertindak balas dengan energi minyak pati.

Kadang-kadang rasa nak menangis.
Kemudian rasa mengantuk sangat.
Sempat terlelap.

Terjaga setelah bunyi alarm.
Baca Al Fatihah sekali lagi.

Alhamdulillah rasa ada perubahan.
Minum banyak air putih.

Sahabat-sahabat boleh cuba untuk #selfhealing.

TERAPI SELF HEALING

Pagi ni mandi setitis Aura Seri Ratu.

Alhamdulillah diberi kelapangan masa waktu pagi selepas anak ke sekolah.
Masih masuk kerja 8.30 pagi.
Masa 1 jam boleh diluangkan untuk #spiritualtherapy.


Selepas solat Dhuha, buat Terapi pendinding diri.
Titis setitik Aura Seri Ratu.
Kacau lawan arah jam 7x
Baca Al Fatihah, 3Qul & ayat Qursi.
Tiup pada tapak tangan dan niatkan sihat segar jiwa raga.

Gosok-gosok tapak tangan.
Hidu dalam-dalam.
Rasa nak nangis macam terharu gitu.

Bau Aura Seri Ratu ni wangi sangat.
Rasa macam dapat anugerah tak ternilai.
Bertemu fitrah diri dan fitrah alam.
Kemudian sapukan pada seluruh tubuh.
Niatkan sebagai perisai diri.

Ada rasa menyucuk pada anggota badan.
Tepuk-tepuk pada tempat yang rasa berat atau sakit.
Niatkan keluar segala energi tak elok.
Pada tempat yang sakit, genggam dan tarik seolah nak mencabut sesuatu.
Picit-picit 'sakit' tu dan buang.

Kesannya, sendawa berterusan.
Ringan sikit badan.

TERAPI EMOSI

Lewat petang ini, terasa aura bocor.
Bergelora bak dilanda cyclone Pabuk.
Dah mandi garam bukit dan setitis Aura Seri Ratu.

Sepanjang proses pembersihan aura negatif 21 hari, tindak balas boleh jadi biasa-biasa, semakin baik atau semakin teruk.
Teruskan sahaja guna.
#lawanjanganlayan

Calitkan Rose Geranium Scented Oil di belakang leher dan kepala.
Hidu bau dalam-dalam.

Kita usahakan bertenang.
Tambah Terapi Ya Sin dan Al Kahfi. 

Rose Geranium adalah salah satu minyak pati bunga dalam Aura Seri Ratu.

TERAPI RUQYAH DIRI SENDIRI

Tanpa jemu setiap hari.
Bila rasa lain macam je, terus titis setitik je Aura Seri Ratu pada tapak tangan.
Baca ruqyah pendek untuk diri sendiri.
Al Fatihah
An Nas
Al Falaq
Al Ikhlas
Ayat Qursi
Selawat
Tiup pada tapak tangan.
Raupkan ke muka dan sapu seluruh badan,
dan bayangkan sekolah ada lingkaran perisai pada diri kita.
Buat 3x.
Alhamdulillah, jika dibuat dengan penuh fokus, dengan izin Allah, sangat cepat kita dapat break the state, dari bad energy ke positive energy.


Ylang ylang, salah satu minyak pati dalam Aura Seri Ratu.
Kumpulan spesies Annonaceae bernot rendah.

Not rendah ni maknanya :
- kurang meruap
- lambat bertindakbalas berbanding not tinggi
- berkesan pada sistem saraf
Kelebihan utama adalah Anti Depresi.
Hanya sedikit diperlukan kerana agak sensitif (bergantung pada Individu) dan boleh sebabkan mual/sakit kepala.

TIP REDAKAN KELETIHAN BAGI IBU BEKERJA

On the way balik kerja, rasa mengantuk sangat.
Sapu Peppermint pada tangan dan hidu.

Sampai rumah, baring, rehat dulu.
Tak dapat nak masuk dapur lagi.

Mandi garam bukit Romantika + setitis Aura Seri Ratu.

Lepas Maghrib buat Terapi Hening.
Set alarm 3 minit.
Duduk bersila tegak seperti postur yoga.
Pejam mata.

Tenangkan fikiran.
Kosongkan fikiran dari urusan dunia.
Hanya fokus pada nafas.
Saat hembuskan nafas sebut Allah dalam hati.

Berdiam sahaja.
Dengar apa bunyi sekeliling.
Bunyi kipas, bunyi detikan jam.

Dengar tanpa fikir apa-apa.
Teruskan fokus pada nafas.

Selepas 3 minit, buat child pose dan cobra pose untuk calming & relaxing.

Terus rasa ada pertambahan energi.
Sekurang-kurangnya tidak terus tertidur selepas Maghrib.

Mak-mak yang rasa mengantuk, letih lepas balik kerja, boleh cuba amalkan.
Nak lebih best, hidu bau Aura Seri Ratu.


Salah satu minyak pati dalam ASR adalah Jasmine=bunga melur.
Kelebihan utama adalah Anti Tekanan.

Ada rahsia lagi tentang Jasmin ni.
Nanti Kak NiHa tambah lagi ya.

TERAPI PENDINDING DIRI

Kerja malam hari ni.
Pagi luang masa untuk diri sendiri je.


Mula balik bacaan surah Al Baqarah sebagai healing dan pendinding diri serta rumah.
Mak-mak boleh selalu amal ni bila rasa asyik nak marah suami, nak marah anak, semua tak kena lah 😂
Coach Hanif maklumkan, syaratnya perlu habis dibaca dalam masa 1-7 hari.

Kita letaklah air putih (bukan air masak) untuk diminum atau mandi.

Sebelum baca sebahagian surah Al Baqarah ni, Kak NiHa titiskan setitik AURA SERI RATU #minyakpati7bunga pada tapak tangan.

Bacakan Al Fatihah dan doa-doa.
Mengadulah dengan total submission pada Dia.
Tiupkan, hidu baunya dan sapu seluruh badan.

Mula-mula rasa nak muntah juga.
Pertembungan energi tu.

Bila dah baca Al Baqarah dan minyak pati tu meruap sikit, baunya dah jadi lembut
Best pula cium tapak tangan sendiri.