MENEMUI KHUSYUK DENGAN MINYAK PATI



Nak mandi sebelum solat, titiskan setitik dalam air mandian bilasan terakhir.
Bila nak solat, 
titiskan setitik di tempat sujud.

Subhanallah.
Hebatnya ciptaan Allah ini.
Terasa auranya.

Bermula takbir, datang perasaan yang sukar digambarkan.
Bila sujud, tarik nafas dalam-dalam.
Bayangkan dalam syurga itu hanya ada yang wangi-wangi sahaja.

Ya Allah, jadikan ku pemilik hati yang wangi,
fikiran yang wangi,
kata-kata yang wangi,
perbuatan yang wangi,
agar aku mampu menjadi ahlinya.

Lantas, air mata bercucuran.
Sampai ke titik seorang hamba yang penuh ketidakberdayaan dan penuh pengharapan.
Terima kasih ya Allah, #AuraSeriRatu menemani perjalanan rohaniku mendekatiMu.

AMALAN PAGI UNTUK BESARKAN ENERGI POSITIF

SYUKUR
-------------
Sebaik terjaga dari tidur, baca doa bangun tidur dan lafaz syukur.
Fokus pada kesyukuran nafas.
Kerana nafas adalah modal kehidupan.
Apa jua kisah hidup kita, bila Allah kata BERNAFAS, tetaplah kita mesti bernafas walaupun adakala rasa sesak namate 😂

SENYUM
---------------
Sebaik tersedar dari tidur, sebelum buka mata, senyum dulu.
Seeloknya seminit.

Doalah dari hati terdalam, apa jua yang bakal dihadapi, ajari hatiku untuk senyum penuh ketenangan.

SERAH
------------
Baca doa penyerahan: "Ya Allah ya Baari', aku serahkan seluruh diriku, jasad ku, hati ku, anak-anak ku, suami ku, ibu-ibu ku, pekerjaanku, harta bendaku kepada Mu untuk Dikau urus tadbir dengan sebaik-baik tadbiran.
Ajari hatiku untuk redha dengan setiap tadbiranMu".

SEMERBAK
--------------------
Wangikan diri dengan mandian beraroma natural.
Guna minyak pati 7 bunga, garam bukit beraroma atau air mawar pada bilasan mandian terakhir.
Niat dan doa yang baik-baik.
=====
#KakNiHa
Mahu selalu berseri bak ratu 😁