TERAPI ENERGI

Sejak tadi rasa lemah lesu.
Tiada semangat nak buat apa yang dah tersenarai.
Tak boleh jadi ni.
Kita ikhtiar Terapi energi dengan Minyak Pati 7 bunga.

On diffuser dengan Minyak Pati Rose Geranium.
Set alarm 20 minit.
Pasang sound therapy (instrumental dengan bunyian alam).

Titis 3 titik Aura Seri Ratu di tapak tangan.
Kacau lawan arah jam 7x sambil baca Al Fatihah.


Calitkan di dahi atas, kedua bahu, kedua lutut, dan kedua ibu jari kaki.
Calitkan di 7 cakra/pusat tenaga:
-Ubun-ubun
-Tengah kening
-Kerongkong
-Tengah dada
-Pusat
-Ari-ari
-Tulang ekor/sulbi

Baring dengan rileks.
Tangan di sisi badan dengan tapak tangan menghadap ke atas.
Deep breathing sambil doa "Ya Allah, angkatlah segala keletihanku dan gantikanlah dengan kekuatan dan semangat baru"

Sepanjang terapi, ada rasa menyucuk-menyucuk pada bahagian tertentu badan.
Normal kerana energi badan sedang bertindak balas dengan energi minyak pati.

Kadang-kadang rasa nak menangis.
Kemudian rasa mengantuk sangat.
Sempat terlelap.

Terjaga setelah bunyi alarm.
Baca Al Fatihah sekali lagi.

Alhamdulillah rasa ada perubahan.
Minum banyak air putih.

Sahabat-sahabat boleh cuba untuk #selfhealing.

No comments:

Post a Comment