TIP HILANGKAN PERASAAN GEMURUH


Si comel ni sentiasa menjadi pilihan di Shopee.
5ml untuk perkenalan pertama 😍

Si dia ni lah yang bantu kak NiHa bertenang semasa memberi taklimat kepada hampir 400 orang pelajar.
Pertama kali dalam sejarah hidup!

Alhamdulillah, satu pencapaian terindah.
Bukan mudah bagi seorang yang bergelut dengan tanda-tanda anxiety!

Ada sahabat yang mahu break the fear?
Kak NiHa bantu.

TIP HILANGKAN PERASAAN GEMURUH

1. Bersedia dengan apa yang ingin disampaikan.

2. Anggap ingin berkongsi ilmu sahaja bukan mahu mengajar.
    Bila kita niat ingin kongsi ilmu, kita rasa lebih santai.

3. Tahu siapa audien.
    Cuba untuk sesuaikan penyampaian dengan orang yang mendengar.

4. Bayangkan yang baik-baik sahaja.
   Bayangkan kita dapat menyampaikan taklimat/persembahan dengan lancar dan tenang.

5. Sentiasa baca Al Fatihah dan doa:

رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي

Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku, dan mudahkanlah bagiku urusanku, dan lancarkanlah lidahku supaya mereka faham ucapanku.
(Surah Taha Ayat 25-28).

6. Selalu amalkan teknik pernafasan 'deep breathing'
    Teknik ini sangat berkesan untuk kawal rasa gemuruh.

7. Datang lebih awal ke tempat pembentangan.

8. Minum air dan makan sesuatu yang boleh membuatkan kita rasa selesa seperti gula-gula atau coklat.

9. Sapu dan hidu minyak pati.
    Ada banyak minyak pati yang membantu mengurangkan diri dari perasaan gemuruh dan gementar. Salah            satunya adalah Aura Seri Ratu.

10. Guna fidget spinner.
     Teknik ini dikongsikan oleh founder Gritz Aromatheraphy, Puan Rita Omar. Bila kita terlalu nervous, boleh              alirkan energi ketakutan itu pada fidget spinner sehingga kita rasa mampu kawal diri sendiri.



No comments:

Post a Comment